SAMTTAR SG.MANGGIS BLOG
  Sejarah SAMTTAR
 

   
Sejarah SAMTTAR
  • Ditubuhkan pada Januari 1943.
  • Tempat asal di tanah wakaf Masjid Kampung Sungai Manggis.
  • Ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ibrahim b Mohd Akim (Ketua Kampung Sungai Manggis).
  •  Pada tahun 1945 pentadbiran sekolah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor sebagai pengelolanya.
  • 1959 sebahagian bangunan diruntuhkan kerana projek pembesaran Masjid Kampung Sungai Manggis. Bangunan baru dibina di sebelah masjid berkenaan.
  • Pada 4 Januari 1960 sekolah ini dinaiktaraf menjadi Sekolah Agama Menengah Khas.
  • Pada 3 Januari 1976 sebuah bangunan baru dibina dan dikenali dengan nama Sekolah Arab Menengah Rendah Sungai Manggis.
  • Pada 2 Januari 1976 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Sungai Manggis.
  • Tahun 1985 Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1.8 juta bagi membina bangunan sekolah yang baru.
  •  Pada 3 Januari 1985 projek ini siap dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Sungai Manggis (Berasrama).
  • Pada 1 Disember 1988 satu projek kilat mengandungi 5 bilik darjah didirikan dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.
  • Tahun 1989 sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Tinggi Sungai Manggis yang menyediakan pembelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan Enam Atas.
  • Pada 14 Mei 1991 satu blok bangunan 5 bilik didirikan hasil usaha sekolah dan PIBG. Projek ini mendapat kerjasama pihak tentera (Projek Askar Turun ke Desa).
  • Pada 15 Ogos 1992 sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah mengambil sempena nama Permaisuri Sultan Selangor.
  • Perasmian pada 15 Ogos 1992 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Sultan Selangor.
  • Sehingga tahun 2007, usia sekolah sekarang ialah 64 tahun
  •  
      Today, there have been 1 visitors (1 hits) on this page! ©copyright by hero productions 2008  
     
    Designed by bingkai-Powered by Hero Productios This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
    Sign up for free