
TENGKU AMPUAN RAHIMAH
NAMA PENUH:Tengku Rahimah binti al-Marhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah
LAHIR : 4 AUG 1927
MENINGGAL: 27 JUN 1992
Telah dimakamkan di Makam Diraja dekat Masjid Sultan Sulaiman di Klang
AYAHANDA:HH Sultan ABDUL AZIZ Abdul Jalil Rahmat Shah ibni al-Marhum Sultan Musa al-Khalidy al-Muazzam Shah[9 MAY 1878 - 1 JUL 1927] 4
BONDA:Tengku Permaisuri Zaharah binti al-Marhum Sultan Al a'uddin Suleiman Shah[18 FEB 1899 - 18 JAN 1982] 83 tahun
SUAMI:HRH Sultan SALAHUDDIN ABDULAZIZ Shah al-Haj ibni al-Marhum Sultan Hishamuddin Shah[8 MAR 1926 - 21 NOV 2001] 75 tahun
Tarikh Perkahwinan: 10 MAR 1956
9 tahun
ANAK:
1. Nor Marina binti al-Marhum Sultan Salahuddin Abdulaziz Shah [15 OCT 1957 - ]
2. Nor Zehan binti al-Marhum Sultan Salahuddin Abdulaziz Shah [18 NOV 1958 - ]
Sejarah ringkas
Tengku Rahimah diputerikan di Istana Tanjung Pura, Langkat pada 4 Ogos 1927. Ayahandanya ialah Sultan Abdul Aziz Rahmat Shah ibni Sultan Abdul Jalil, Sultan Langkat yang bertakhta di Istana Tanjung Pura dan tahun 1894 sehingga 1927.
Bonda Tengku Rahimah bernama Tengku Permaisuri Zaharah, anakanda Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor Kelima yang bertakhta dan 1898 hingga 1938. Tengku Rahimah tidak sempat menatap wajah ayahandanya kerana Sultan Abdul Aziz mangkat sebulan sebelum Tengku Rahimah diputenikan.
Bonda Tengku Rahimah merupakan permaisuni ketiga Sultan Abdul Aziz dan ditabalkan sebagai Permaisuni Langkat di Istana Tanjung Pura dalam tahun 1919, memakai gelaran Tengku Permaisuni Zaharah. Tengku Rahimah bertemu jodoh dengan Raja Muda Selangor, Tengku Abdul Aziz, dalam tahun 1956 sewaktu berusia 29 tahun. Tengku Rahimah ditabalkan sebagai Tengku Ampuan Selangor di Istana Alam Shah, Kelang pada 28 Jun 1961. Baginda mangkat di Istana Selangor pada 27 Jun 1992 dan disemadikan di Makam Diraja Kelang.
|