
Lencana SAMTTAR sebelum tahun 1994.

Lencana SAMTTAR selepas tahun 1994.
SEJARAH RINGKAS
Lencana ini diilhamkan oleh tiga orang guru iaitu Hj Sulaiman B Karli, Abd Jalil B Ariffin dan Puan Norlida Bt Hayon. Sebelum ini lencana yang digunakan agak berbeza iaitu seperti dibawah ini.
PENJELASAN LENCANA BARU
1. Warna
Hijau: Syiar Islam
Putih: Bersih dan suci
Biru: Perpaduan
Merah/Kuning: Warna Negeri Selangor
2. Lambang
Mahkota: melambangkan permaisuri, sesuai dengan nama SAMTTAR
Bentuk Pentagon: melambangkan Rukun Islam yang Lima, ditambah satu di tengah-tengah iaitu Rukun Iman dan dirantai menggambarkan Rukun-rukun tersebut dilaksanakan semuanya
Selendang Merah/Kuning: melambangkan kewibawaan
Bintang: melambangkan kemuncak yang dituju
Pena dan Cop Mohor: melambangkan kepentingan ilmu
Buku: melambangkan core business sekolah yang mengutamakan penerokaan ilmu
Kalungan bunga: melambangkan visi dan cita-cita para pengasas
Banner: memuatkan nama dan alamat sekolah melambangkan identiti
3. Kata-kata Hikmah
"Ilmu Sumber Bahagia"
=bermaksud ilmu sebagai sumber kebaikan dunia ataupun akhirat
|